I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 31, 2010

World's Coolest Intern

  Hi korang... Mesti korang pelik kann kenapa tiba-tiba auntie bersiaran langsung sampai 2 kali hari nie? Entah ek tiba-tiba jerr auntie terlebih rajin pulak. Hahaha! Sebenarnya auntie terlebih rajin nie bersebab. Sebabnya adalah auntie nak merangkul takhta World's Coolest Intern. Haa! Cool kann gelaran tue? Mesti korang tertanya-tanya apa benda World's Coolest Intern nie kann? Haa!!! Sini auntie terangkan serba sedikit kat korang. Orang kata untuk menambah ilmu di dada. Hahaha!





  World's Coolest Intern adalah contest ataupon program yang ditaja sepenuhnya oleh Standard Chartered Bank dengan kerjasama Nuffnang. Yerr... Tempat korang selalu keluarkan duit, buat loan bagai, bayar hutang kad kredit ( eh... macam auntie jerr bunyinya? )  dan lain-lain lagi tue. Standard Chartered Bank sedang mecari calon yang sesuai untuk menyandang gelaran ‘World’s Coolest Intern’ to join the Breeze mobile banking team in Singapore. Kalau korang rasa Tweetdeck and Facebook are the first things to greet you in the morning and the last things you say good night to, maka koranglah calon yang dorang cari! Apa tunggu lagi? Submit entry korang sekarang!


Curious to know what’s in store? It’s nothing short of impressive:

- A 6-month internship programme with total remuneration of SGD30,000!!! SGD 30,000 okay! Bukan 30,000 Baht mahupon 30,000 rupiah tapi Singapore Dollar!!! Terus auntie tempah beg Hermes Birkin~

- Perks includes training on social media and online engagement from Standard Chartered’s esteemed partners. Whoa! Celik IT lah auntie lepas nie kann?

Untuk maklumat yang lebih terperinci korang bolehlah click kat sini yerr...







  Sebenarnya PA auntie yang suggestkan auntie untuk submit entry nie. Manalah tahu kalau-kalau rezeki auntie boleh dapat jadik The Coolest Intern, terus auntie open table untuk semua peminat-peminat auntie. Korang cakap jerr nak makan apa semua auntie tunaikan. Dengan syarat kalau auntie menang grand prizelah. SGD 30,000 woo! Makan setahun pon tak habis! Tapi kalau setakat dapat consolation prize auntie akan pergi shopping & then update korang apa yang auntie beli dengan consolation prize tue. Eh RM200 pon lepaslah untuk auntie beli palette mekap Chanel atau foundation Bobbi Brown. Kalau nak lagi berbaloi-baloi beli terus kat Elianto. Harus satu kedai auntie borong. Paling tak pon auntie dermakan kat PA auntie suruh dia pergi slimming center. Mesti dia sayang auntie sampai mati. Hahaha!


  Untuk memastikan kemenangan berada di pihak auntie, auntie harus tunjukkan betapa cool nya auntie? * Secara tak langsung tue jugak menandakan yang auntie kenalah masuk bakul angkat sendiri yerr * Tapi macam mana auntie nak tunjuk yang auntie nie COOL? Oh... Tue tak susah yerr adik-adik... Langkah pertama adalah dengan menyediakan resume yang hebat dan tentunya cool. Disebabkan contest nie tak memerlukan resume ( auntie agak jerr sebab dorang tak tulis pon ) so kita kenalah sediakan gambar yang paling fotogedik... Eh... I mean fotogenik.


   Auntie bab foto-berfoto nie dah berada di ujung jari dah. Dari zaman tadika lagi auntie dah master dalam bab-bab cam-whoring. Apa class nak bagi gambar passport siap pakai blazer-tie segala ditambah rambut sikat belah tepi dan cermin mata. Sungguh nerd yerr... and so uncool! Gambar biar meletop glamour vavavoom barulah kehadiran kita disedari. Jangan gambar auntie nanti dibomohkan sudahlah. =P



Confirm dorang hire auntie bila tengok auntie secun nie. Hahaha!


   Korang mesti tertanya-tanya kann kenapa auntie nie confident jerr yang auntie boleh menang World's Coolest Intern kann? Of course auntie confident yerr adik-adik sebab confident tue sangat penting dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Bila kita confident, buat apa pon semua senang. Orang pon senang nak percaya dengan kita. So sebab pertama kenapa auntie yakin auntie adalah World's Coolest Intern adalah sebab auntie Confident



   Selain dari confident, auntie juga percaya yang auntie nie tersangatlah Open-minded. Gila cakap auntie tak open minded? Siapa yang cakap auntie tak open-minded meh sini auntie ketuk kepala dia dengan heels Manolo Blahnik auntie nie. Korang pernah kena pedajal dengan best friend korang waktu birthday korang? Lepas kena pedajal korang still maintain-maintain cantik tak melenting? Auntie pernah kena baling tepung waktu sambut bithday. * Mood sedih sekejap T_T *  Lepas kena baling tepung auntie siap pose-pose cantik depan kamera lagi. Tak cukup pose-pose cantik? Auntie siap menari okay! Korang pernah jumpa auntie-auntie lain yang se-open-minded macam auntie? Nan ado kann?



Jangan ingat auntie tak reti break dance yerr



  Auntie jugak percaya yang auntie boleh melakukan kerja dengan cemerlang. Auntie yakin bahawa auntie akan menjadi intern yang paling Outstanding dalam sejarah Standard Chartered Bank. Auntie tau auntie boleh outstanding sebab auntie nie jenis multi-tasking. Auntie boleh buat beberapa kerja dalam satu masa. Apatah lagi kalau setakat berfacebook dengan tweet? Alahai Senah oii~ Senang jerr tue... Lagi satu auntie faham sangat tugasan seorang intern adalah sangat mencabar for most of the companies sebab koranglah yang kena buat kopi, koranglah yang kena fotostat, koranglah yang kena bersihkan pantry... Pendek kata semua koranglah! Tapi tue takkan terjadi di Standard Chartered Bank coz they're like... the coolest bank ever! Tapi kalau terjadi jugak apa auntie kisah sebab auntie confirm tenaga auntie nie boleh kalahkan bateri Energizer. Shopping marathon 12 jam pon auntie boleh tahan inikan pulak jadik intern.




Haa! Terus auntie activatekan power terpendam auntie. Terkejut kann?



  Auntie juga sentiasa Looking forward for new oppurtunities. Yerr betul rezeki ada di mana-mana tapi rezeki takkan datang bergolek kalau kita tak mencari. Alang-alang dah ada rezeki terpijak nie takkan auntie nak biarkan pulak kann? Betul tak?  Jika digabungkan kesemuanya maka sahlah yang auntie nie COOL!



 Tengok handphone auntie pon dah cool... Belum lagi tengok auntie...



Tengok auntie yang sangat cool... Siap berjaket bulu segala. Ko ado?


  Selain dari 4 sebab kat atas, yang paling penting kenapa auntie layak jadi World's Coolest Intern adalah kerana auntie cukup fashionable. Tengoklah gaya harian auntie confirm terkeluar bijik mata kann? Tue paling penting yerr adik-adik. Tak kira kat mana pon pon kita berada / bekerja, kita kenalah berusaha untuk tampil menarik. Barulah bos suka kat kita. Biar tak cantik ataupon hensem asalkan presentable dah memadai. Tapi confirmlah auntie cantik kann haruslah match dengan fashionable tue. Hahaha!



First lesson is how to wear turban. LOL



  Auntie perasan bila mentaliti orang kita kalau sebut kerja bank jerr mesti orang terfikir gaji besar tapi pakai kemeja lengan panjang, tie, slack, suits, cermin mata, rambut sikat belah tepi... Ohh... Sungguh membosankan. Kalau auntie dapat jadi intern, auntie akan make sure semua orang dress up glamour vavavoom. Biar orang tahu kerja bank pon cool apa. Barulah auntie boleh jadik World's Coolest Intern. Kann? Kann? Lagipon dah nama pon gaji besar apalah salahnya invest kat beg Gucci kerr, kasut Prada kerr, suit Armani kerr? Bukan kerr tue sumber rezeki kita?


   Tak cukup sekadar tue, menjadi the World's Coolest Intern memerlukan kita untuk sentiasa bersedia tak kira waktu. Orang putih cakap always be alert. Tengok macam auntie nie sentiasa alert. Kat mana ada kamera kat situ jugak auntie sentiasa bersedia untuk dirakam. Kalau dah kerja dengan Nuffnang & Standard Chartered bank mesti auntie kena hadiri banyak parties & events kann? Nak kena promote pasal company & products. Dah tentu ramai nak amek gambar dengan auntie sebab nak upload kat facebook. Dah nama pon World's Coolest Intern mestilah auntie harus sentiasa tampil cool. Paparazzi? Bring it on dear~


 Paparazzi mesti suka bila tengok auntie pose camnie. Hahaha!



  Oh ya... I work as hard as I play. Barulah cool kann? Takdelah orang cakap nanti auntie makan gaji buta. Kerja-kerja jugak tapi hidup mesti happy. Kalau hidup tak happy mood nak buat kerja pon kurang. Kalau dah malas nak buat kerja siapa yang susah? Auntie jugak... Nie lah jugak antara rahsia awet muda auntie. Sentiasa happy bak Amy Mastura.


Paris who? Auntie in the house...oh auntie tak main pole yerr...


 
  Lagi satu benda yang auntie suka bila kerja kat bank adalah kerana kebajikan pekerjanya. Contohnya kawan auntie bank tempat dia bekerja buar team building kat Australia. Yang lagi sorang team building kat Bali. Harus sambil menyelam minum air kann? Sambil menjalankan tugas dapatlah merehatkan minda & melihat tempat orang sekali kann? Tue belom lagi bab bonus tahunan kann? Auntie suka! Auntie suka!



 Terus auntie melompat kegirangan bile dapat peluang ke oversea!



   Dan sebab terakhir kenapa auntie layak untuk dipilih sebagai World's Coolest Intern adalah kerana auntie pernah bekerja di Singapore. So kiranya auntie dah faham sangatlah cara kerja dan demand-demand orang Singapore nie. Lagipon Singapore dengan JB bukan kerr dekat? Bak kata orang tua-tua sekangkang kera jerr... Tapi peliknya auntie siap terkangkang terkiap tak sampai pon. Kenapalah dorang bahasakan as sekangkang kera ek? Bagilah sekangkang zirafah kerr... Logik sikit kann? Nak terkangkang terkiap kerr apa kerr yang penting JB dengan Singapore confirm dekat. Bila-bila dorang panggil dengan sepantas kilat auntie sampai. Apatah lagi kalau tengah sale kat Gucci. Ngee~


  Lagi satu sebab bonus kenapa auntie layak jadi World's Coolest Intern adalah sebab auntie berpengalaman bekerja di Citibank Singapore sebelum nie. Tapi tempat kerja auntie memang totally cool~ Pantang ada perayaan confirm macam-macam hadiah dorang bagi. Tak cukup dengan tue, OT melambak-lambak. Kalau setakat nak beli beg LV, kasut Gucci tue alahai apalah sangat. Kalau auntie boleh survive kerja kat Citibank Singapore, kenapa pulak auntie tak boleh kerja kat Standard Chartered pulak kann?


  So dengan segala hujah yang diberikan, maka tamatlah entry auntie untuk kali nie. Korang doakan auntie menang grand prize ek! Auntie dah siap packing nak ke Singapore nie. Passport dengan trunk LV pon auntie dah readykan. Sambil intern boleh shopping sekali kann? Wohoo!!! Barulah World's Coolest Intern Vavavoom!  So korang semua doakan kejayaan auntie ek? Auntie sayang korang semua~



Mana pulak butler auntie nie pergi?




KoRaNg TaNYa AunTiE JaWaB 3

 
 
crescent tanya : 
 
dokoh tue sesuai tak pakai dengan baju melayu teluk belanga...saya orang johor...x johor lah pakai cekak musang...tapi saya pon nak pakai dokoh...sesuai x???
 auntie jawab :

Sesuai jerr crescent oii...yang penting confidence!!! Tak kiralah ko pakai cekak musang kerr teluk belanga kerr...Kalau nak pakai dengan baju punjabi pon boleh. Asalkan ko boleh carry dengan penuh konfidennya. Untuk inspirasi auntie letak pic auntie pakai dokoh dengan jubah. Asalkan ko tak pengsan tengok keberanian auntie sudahlah crescent yerr...

Ade berani???
Hah...nampak tak??? Seperti biasa dalam pic tue haruslah auntie yang paling menyerlah yerr... Tue lah yang kita nak. Orang akan tengok kita dulu. Apa peduli dengan yang lain sebab yang lain tue sekadar watak sampingan jerr... Hahaha...




haronce bunchen tanya :

apa pandangan auntie tentang collection FW terbaru versace n lanvin??pada saya sangat menarik..nak tau pandangan auntie lah..by the way, mana nak cari dokoh murah auntie?

auntie jawab :


Hari tue haronce knowles nie haronce bunchen pulak. Confuse auntie tau. Ko nie adik Gisele Bunchen kerr adik Haronce Knowles? Tak kiralah ko nie adik siapa pon yang penting auntie memang sangat suka ko. Sangat celik fesyen yerr ko nie siap suruh auntie ulas tentang koleksi terbaru Versace & Lanvin.

Frankly speaking auntie agaks kurang berminat dengan koleksi Lanvin kali nie. Alber Albaz kurang menyengat sebab most of the items looks sombre. Tapi ada a few bling-bling pieces yang auntie sangats adore. Maybe auntie akan padankan those bling-bling top with structured shorts & shoes from Nicholas Kirkwood. Beg pilihan auntie haruslah Mulberry Bayswater in Leopard print. Fierce!

Lanvin Fall Winter 2010/2011
Mulberry Bayswater in Leopard print
Nicholas Kirkwood shoes

  Untuk koleksi Versace pulak apa yang auntie boleh katakan ialah auntie totally adore it! Auntie suka auntie suka! Dengan colour yang cukup bold ditambah dengan figure hugging cutting & those sexy fringes, oohhh... sangat pilihan auntie  sebab tersangatlah sexy yerr! Terus auntie feeling-feeling auntie lagi sexy & hot dari Megan Fox! Hahaha! Auntie paling suka long dress kaler biru dengan fringes for a night out in town. Bayangkan auntie pergi beli bunga segar kat Petaling Street pakai dress tue pasti meletop! Ingat Anita Sarawak jerr boleh pakai evening dress pergi beli ikan kat pasar? Auntie pon bolehlah!

Versace Fall Winter 2010/2011
 Selain dari dress fringe tue, auntie suka gak dengan leather suits with cut out details. Yang nie auntie nak pakai untuk pergi makan nasi lemak kat Kampung Baru. Tapi kalau Haronce perasan, ada a few dresses with cut out details resembling to Gucci's last season punya design. Donatella dah takde ideakah?

Hey...jahat lah u nie auntie...ckp i takde idea...ade lah...next season k...

 Dokoh murah eh??? Auntie takde tempat tetap nak beli. Mostly kekanda auntie yang belikan. Dia cakap dia beli kat warehouse sebab kalau kat warehouse dia dapat dalam lingkungan RM70.00 jerr... Kalau cari kat kedai biasa makan ratusan ringgit jugaklah. Ada 1 auntie beli kat Larkin Central jerr... Waktu tue dia ada promo beli 2 pasang RM100... Murah tue... Sales girl tue cakap normally dorang jual sepasang around RM70 - RM100... Yang penting ko kena pandai cari.



  Vavavom tak? Selalunya dokoh nie ade 2 warna...silver and gold. Auntie cadangkan ko beli je 2-2 warna. Senang nak padankan dengan baju korang nanti. Tapi kalo korang kedekut taik hidung masin, korang beli satu jerr ikut warna pilihan korang...Selalunye silver akan menaikkan seri orang berkulit cerah dan gold pulak sesuai untuk orang berkulit tanned @ sawo matang...so...pilih lah ikut suke korang...ingat pesan auntie...berbusana tradisonal jangan lupa dokoh...vavavom...


Saturday, October 30, 2010

I'm bAcK!!!


  Vavavom korang... Auntie kembali bersiaran selepas segar dari perjalanan 4 jam menaiki kerete jet lag yang lalu. Kini auntie lebih rajin, lebih bergaya, lebih bling bling dan lebih segala-galanyalah... Cuma lebih kaya jerr belom dapat-dapat lagi. Hahaha! Sukalah kan korang kalau dapat tau auntie tak kaya-kaya kann? Auntie tak kisah adik adik sekalian. Pada auntie rezeki sentiasa berada di mana-mana sahaja.

  Oh untuk pengetahuan semua, entry yang lepas lepas tue PA auntie yg buatkan. Auntie kann busy memanjang. Thanks my PA... Thanks-thanks jugak tapi auntie sentap bila tengok dia siap tukar auntie punye signature nie. Hamboi... Auntie suruh dia manage blog nie tapi terus feeling-feeling naik stage pulak PA auntie tue. Harus potong elaun nie...huhu...tapi tanpa die haruslah blog nie tak bergerak yerr. Auntie nie pon bukannya celik IT sangat. Yang auntie tau shopping, pose-pose cantik depan kamera. Yang lain semua auntie serah bulat-bulat kat PA auntie suruh dia uruskan. Hahaha!...ape ape lah korang...yang penting auntie dah kembali...lebih glamour vavavom!!!


 


Friday, October 29, 2010

Poll closed!!!

Gituh kan auntie bagi pose nak tutup tingkap...

 Hah korang...kalau korang perasan kat sebelah kanan blog auntie nie ade poll...saje jerr auntie tak nak war-warkan semua...auntie nak biar korang perasan sendiri...diam tak diam 14 orang dah vote...huhu...ade jugak orang nak vote poll tue yer...auntie suke auntie suke...so jom kite tengok keputusannye...


ApA aKsEsOri YaNg kOrAnG pALiNg sUkA???


A . kErOnSanG


 1 vote (7%)
Aik? Sorang jerr kerr yang suka kerongsang? Auntie speku nie mesti adik adik yang suka pakai songkok dan baju melayu teluk belanga...sebab boleh letak kerongsang besar-besar siap berjurai-jurai lagi. Kalau tak dapat beli kerongsang berjurai, gigihlah D.I.Y letak anting-anting ala Beyonce kann? Betul tak??? Agak-agak siapa ek?

B . dOkOh
 2 vote (14%)
Hahaha...nie mesti auntie TERvote nie...larik dulu...

C . cInCin dAn gELaNg
No vote (0%)
Aiyoh~ Takde orang suka cincin dan gelang kerr? Habis korang kahwin feeling-feeling sarungkan apa? Rantai kaki kerr? Ataupon korang feeling-feeling sarungkan brooch di jari???

D . sEgALa tOk nEnEk yAnG diPaNgGiL aKsEsOri
 11 vote (78%)
 Gituh lah korang suke semua nya yer...tamak betul...macam auntie lah tue...hahaha...ke mane tumpah kuah kalau tak ke nasi kan...


Oklah korang...nanti auntie buat poll korang vote yer...mana tau auntie nak bagi hadiah ker...hahaha...


Thursday, October 28, 2010

Eh kOraNg



Hi korang... Nie PA auntie...Auntie tak dapat bersiaran live hari nie sebab auntie baru balik dari long vacation...Dia cakap dia still jet lag...so dia cakap xde entry...dia malas...Gittewlah auntie kesayangan korang nie kalau dah pergi vacation memang tak ingat dunia. Tau-tau nanti luggage berkontena dia bawak balik. Nasib baik dia tak heret PA dia yang comel nie sekali. Kalau tak siapa yang kena bawak segala luggage tue? PA dia jugak...

btw kan...segmen korang tanye auntie jawab tue auntie x sempat nak buat reseach untuk semua soalan...so x jadilah nak jawab semua setiap hari ahad...yg terpilih je auntie jawab yer...auntie yg cakap yer...bukan saya yg cakap...btw auntie pesan...kecantikan tue milik semua...tapi yang pasti auntie lagi cantik sikit dari korang...lagi sekali auntie yg cakap yer bukan saya...sekian...yg benar...PA auntie...




Wednesday, October 27, 2010

AuNtiE uCaPkAn


Hei korang!!!tue tue ha yang melangut depan blog auntie...ko ingat ko pakai foundation miami tue ko boleh nampak muture???ko pakai bulu mata palsu 3 lapis ko nampak macam kak ita che wan???auntie tau ko tue budak sekolah kan...tue ha buku pendidikan seni kat tepi tue ape???auntie nie ade PA stalker tau...die tau umur ko bape...ko jangan main main...nie auntie nak pesan kat ko...belajar betul betul...exam tue jawab betul betul...jangan gune dadu...hahaha...so auntie nak ucapkan kat semua...yg amek SPM...STPM dan exam kat universiti tue...
Dari lubuk hati auntie yang suci murni nie...ikhlas auntie doakan semua yang amek exam tue berjaya...x kiralah exam ape pon...SPM...STPM...final exam...exam memandu...exam cari menantu...pendek kata semua exam lah...dah auntie maafkan korang semua kalo kalo korang termengumpat ke...terkutuk ke...auntie x kisah sgt...boleh auntie claim pahala nanti...hahaha..



Tuesday, October 26, 2010

PaPaRaZzi - LaDy GaGa


We are the crowd, we're c-comin' out
Got my flash on, it's true
Need that picture of you
It so magical, we'd be so fantastical

Leather and jeans, garage glamorous
Not sure what it means
But this photo of us it don't have a price
Ready for those flashing light
'Cause you know that baby, I

I'm your biggest fan, I'll follow you until you love me
Papa, paparazzi
Baby, there's no other superstar, you know that I'll be
Your papa, paparazzi

Promise I'll be kind
But I won't stop until that boy is mine
Baby, you'll be famous, chase you down until you love me
Papa, paparazzi

I'll be your girl backstage at your show
Velvet ropes and guitars
Yeah, cause you're my rock star in between the sets
Eyeliner and cigarettes

Shadow is burnt, yellow dance and we turn
My lashes are dry, purple teardrops I cry
It don't have a price, loving you is cherry pie
Cause you know that baby, I

I'm your biggest fan, I'll follow you until you love me
Papa, paparazzi
Baby, there's no other superstar, you know that I'll be
Your papa, paparazzi

Promise I'll be kind
But I won't stop until that boy is mine
Baby, you'll be famous, chase you down until you love me
Papa, paparazzi

Real good, we dance in the studio
Snap, snap to that shit on the radio
Don't stop for anyone
We're plastic but we still have fun

I'm your biggest fan, I'll follow you until you love me
Papa, paparazzi
Baby, there's no other superstar, you know that I'll be
Your papa, paparazzi

Promise I'll be kind
But I won't stop until that boy is mine
Baby, you'll be famous, chase you down until you love me
Papa, paparazzi




 

Monday, October 25, 2010

TaMpArAn WaNiTa - EliTe


Setiap kali kau marahi diriku ini
Berdegup jantungku tergamam membisu
Setiap kali kau kasari kau tak mengerti
Kau berjanji tidak kau ulangi lagi
Tiada guna berkata-kata
Jika jiwa merana
Akulah wanita di sini noktahnya
Jangan kau cabar

Aku bukannya selemah yang kau sangka
Aku tak rela diseksa
Berani kau lagi bersemuka
Rasakan kuasa tamparan wanita
Aku perlu berdiri tanpamu
Berani berdiri kerana benar

Aku bukannya selemah yang kau sangka
Aku tak rela diseksa
Berani kau lagi bersemuka
Rasakan kuasa tamparan wanita
Aku perlu berdiri tanpamu
Berani berdiri kerana benar



Sunday, October 24, 2010

KoRaNg TaNYa AunTiE JaWaB 2

Apa kabar korang semua???sihat???auntie pon sihat je nie...pagi pagi ahad nie auntie bersemangat sungguh nak jawab soalan korang tue...minggu nie auntie dah pilih nak jawab soalan dari horance...bukan auntie x nak jawab semua soalan tapi soalan korang bernas sangat...kesian PA auntie nak buat research and tolong auntie taipkan semua jawapan...oh auntie duduk tepi jer jawab soalan sambil breakfast...yang taip nie PA auntie...boley???untuk soalan lain auntie jawab di sesi yang lain yer...vavavom...

haronce knowles tanya :

auntie, pakaian apa yg sesuai utk ke office, tp masih mengekalkan nilai2 estetika berfesyen?

auntie jawab :

horance knowles...ko nie adik beyonce ke ape?? Confuse sekejap auntie bila tengok nama ko nie. Soalan ko nie tak lengkap tau... Harus auntie terpaksa suruh PA auntie buat research lebih sikit. Kalau dia mintak naik gaji sebab kerja lebih nanti siap ko heronce... Ko nak pakaian untuk laki ke perempuan???auntie speku ko nie perempuan lah so auntie bagi pilihan contoh contoh baju perempuan yer...

 Smart kan kalo pakai camnie...nampak ko confident...boss ko mesti berbunga bunga tgk ko kalo ko dress up vogue and smart mcm nie pergi kerja...tapi ingat sikit yer dik...part boobs tue coverina sikit...kang kene kutuk je ko...auntie xpe...x hidup dipuji x mati dek keji katenye...hahaha...
 Sekali sekala pakai yg ade pattern and corak cam nie...baru nampak segar sikit...x lah orang cakap baju ko tue same jer...hitam jer semua...ade faham???
 Kalo ko nie adik adik tapi terpaksa gie ofis pakai baju laki boleh try mcm nie...vavavom...berani x???kalo x berani pakai warna itam jer...tapi ade pattern and corak...baru lain sikit dari lelaki lelaki lain kat office ko tue...

nie untuk kelihatan suci...kalo ko tak nak pakai baju melayu ari jumaat boleh pakai warna putih...harus suci jer...sejuk hati boss ko tgk ko...

 kalo nak nampak smart pakai cam nie...skinny tie...slim fit suit...memang smart...pendek kata laki perempuan confirm toleh 2 kali tgk ko kalo ko melintas...x suke???
kalo berani pakai lah cam nie...bukan satu ofis tgk ko...satu negeri heboh pasal ko nanti...hahaha...auntie ok jah...tapi takut guard kat office ko x bagi ko masuk nanti...hahaha...


Puas hati x jawapan auntie???Vavavom...




Saturday, October 23, 2010

zAmAn mUdA


Auntie malas nak taip pape...PA auntie lagilah...bz memanjang...so tgk jelah picture auntie nie...vavavom kan...


Friday, October 22, 2010

i Am NoRmAL

OpPpSsss...DaH tAk rEtI rEtI nAk tEkAn LikE tUe???


Hi adik adik semua... Hari nie auntie kembali bersiaran seperti biasa. Hari nie auntie tak akan berkongsi sebarang fashion tips dengan korang tapi auntie akan ceritakan serba sedikit pasal diri auntie. Almaklumlah... Semenjak blog nie dibuka auntie tak pernah perkenalkan diri auntie dengan lebih mendalam. So hari nie mukadimah adalah serba sedikit pasal diri auntie.


Seperti yang korang sedia maklum auntie memang sangat taksub dengan fesyen. Selain tue auntie juga selalu berpakaian OTT. Kalau tak OTT maka bukan auntielah tue. Mesti korang semua berfikiran camtue kann? Kalau korang selalu berfikiran camtue maka korang salah besar.


Haa! Confirm korang terkejut beruk tengok gambar di atas kann? Yerr adik-adik... Gambar dia atas tue adalah gambar auntie.Korang tak perlu betulkan channel blog korang kerana korang sememangnya di channel yang betul. ( Motif ko ingat nie TV main channel segala? )


Sebenarnya auntie tidaklah berpakaian OTT 24/7. Ada jugak masanya auntie akan dress down same as other people. Apa ko ingat M.Daud Kilau tue sentiasa pakai kilat kemilau 24 jam? Apa ko ingat Jaafar Onn pergi pasar pon nak pakai baju print bunga matahari besar-besar? Apa kau ingan Viviana tue nak tido pon kena drag? Oops! Salah contoh pulak.


Kadang-kadang datanglah jugak angin untuk auntie dress down. Tapi adalah dimaklumkan adalah AMAT JARANG untuk auntie berpakaian seperti nie. Sebabnya bagi auntie untuk berpakaian normal adalah amat sukar dari OTT. Mungkin sebab bergaya OTT dah sebati dengan diri auntie. Samalah macam dress putih lengkap dengan hati lip-lap & lampu yang dah sebati dengan diri Ramlah Ram.


Lagi satu antara sebab kenapa auntie jarang berpakaian sedemikian rupa adalah kerana tahap konfiden auntie yang tiba-tiba jadik terlampau tinggi kalau berpakaian OTT kott. Samalah macam Power Rangers... Lepas transform jerr terus dapat power luar biasa. Begitulah juga dengan diri auntie. Hahaha...So korang jangan lah malu dan segan untuk menegur auntie jika terserempak dengan auntie. Confirm auntie sign kat baju korang. Hahaha.