I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 19, 2010

KoRaNg TaNYa AuNtiE JaWaB 1

  Hi adik adik semua. Hari nie auntie bersiaran langsung demi memenuhi permintaan salah seorang peminat auntie. Walaupon sesi nie sepatutnya hanya bersiaran setiap Ahad tapi auntie gigihkan jugak diri untuk reply secepat mungkin. Begitulah sayangnya auntie pada adik adik sekalian. Touching sangatkan?

Sebunchit perut tanye :

auntie pakai penchuci mulut apa?? eh silap pencuci muka apa?? n apa yang bagus untuk kulit muka kering!!


Auntie jawab :

Amboi sebunchit perut mukadimah ko jerr dah carut auntie yerr... auntie punya mulut tak berbau yerr adik-adik. Seharum kasturi gitu... Auntie pakai pencuci muka yang disarankan oleh dermatologist auntie sebab auntie tak berani pakai sebarangan. Tapi kadang-kadang tue auntie beli jugak yang off the rack cam kat Guardian or Watson.

  Kalau kulit muka ko jenis kering auntie sarankan supaya ko pakai pencuci muka jenis krim sebab dia ada extra lembapan. Jangan ko gatal-gatal pulak beli jenis gel sebab yang tue diciptakan untuk kulit muka berminyak.

  Lepas cuci muka jangan lupa pakai toner / penyegar yerr adik adik. Langkah nie amat penting untuk menanggalkan sel-sel kulit mati di wajah kita. Tapi kalau dah tahu kulit muka kering make sure toner yang adik adik pilih mestilah bebas dari alkohol. Sebabnya alkohol adalah untuk mengurangkan minyak dan kilatan di wajah. Kalau ko pakai jugak yang ada alkohol apa yang tinggal? Maka tinggallah wajah yang kerepot sebelum waktunya sebab muka korang dah takde minyak untuk melembapkan wajah.

  Tapi auntie sangat addicted pada Evian Facial Spray. Wajah akan terasa sangat segar selepas menggunakannya. Adik adik boleh gak gunakan Evian Facial Spray nie untuk menggantikan toner. Nescaya selepas tue adik adik akan rasakan perubahannya pada wajah adik adik. Evian Facial Spray nie bagus untuk semua jenis kulit. Since Auntie nie sangat obses dengan fashion, auntie kumpul semua limited edition Evian Facial Spray. Selain New York & Paris seperti dalam gambar, ada lagi satu Shanghai. Model Shanghai pakai cheongsam yerr adik adik. Sangat sopan dan ayu. Hahaha...

  Untuk pencuci muka auntie recommend brand Olay Total Effects cream cleanser. Teksturnya sangat thick dan melembapkan. Sangat sesuai untuk adik adik yang berkulit kering. Selain itu korang boleh jugak try Cetaphil. Brand Cetaphil nie takde bahan chemical mahupon tiruan.


   Kalau korang jenis yang kaya-raya-duit-tak-pernah-habis-walaupon-hari-hari-joli-sakan-macam-auntie, auntie akan recommend brand SKII for ladies & Biotherm for men atau Lab Series. Seriously kedua-dua brand sangat berkesan yerr... Cubalah.

  opsss...salah picture pulak...suke kan korang...


  Oh... Auntie terlupa auntie ada appointment dengan dermatologist auntie hari nie. Alang-alang nanti nak buat facial & cucuk mana-mana yang patut. Ingat... Auntie sentiasa sayang korang semua. Mmwah!




3 comments:

  1. auntie ni confident je bagi pandangan..i loike..mmg boleh cuba semuanya. tp kan auntie, kenapa kat atas tuh auntie letak gambar pakai barret tuh, scary tau kulit auntie..motif evian spray bagai??

    ReplyDelete
  2. Regina sayang...
    Entry nie Auntie tujukan untuk peminat auntie.
    Bila dorang tanya soalan kat auntie tue bermakna dorang percaya dengan pandangan dan pilihan auntie.
    Terserahlah ko nak ikut ke tidak.
    Auntie tidak sekali-kali akan memaksa.
    Bab muka scary tie auntie sentiasa bersykur dengan pemberianNya....
    Muka scary mary pon yang penting auntie tetap maintain glamour vavavoom...
    Ko ado?

    ReplyDelete
  3. auntie..
    auntie beli evian facial spray tu kat kedai mane ?
    puas saya mencari tapi x jumpe la..

    ReplyDelete