I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 31, 2010

World's Coolest Intern

  Hi korang... Mesti korang pelik kann kenapa tiba-tiba auntie bersiaran langsung sampai 2 kali hari nie? Entah ek tiba-tiba jerr auntie terlebih rajin pulak. Hahaha! Sebenarnya auntie terlebih rajin nie bersebab. Sebabnya adalah auntie nak merangkul takhta World's Coolest Intern. Haa! Cool kann gelaran tue? Mesti korang tertanya-tanya apa benda World's Coolest Intern nie kann? Haa!!! Sini auntie terangkan serba sedikit kat korang. Orang kata untuk menambah ilmu di dada. Hahaha!





  World's Coolest Intern adalah contest ataupon program yang ditaja sepenuhnya oleh Standard Chartered Bank dengan kerjasama Nuffnang. Yerr... Tempat korang selalu keluarkan duit, buat loan bagai, bayar hutang kad kredit ( eh... macam auntie jerr bunyinya? )  dan lain-lain lagi tue. Standard Chartered Bank sedang mecari calon yang sesuai untuk menyandang gelaran ‘World’s Coolest Intern’ to join the Breeze mobile banking team in Singapore. Kalau korang rasa Tweetdeck and Facebook are the first things to greet you in the morning and the last things you say good night to, maka koranglah calon yang dorang cari! Apa tunggu lagi? Submit entry korang sekarang!


Curious to know what’s in store? It’s nothing short of impressive:

- A 6-month internship programme with total remuneration of SGD30,000!!! SGD 30,000 okay! Bukan 30,000 Baht mahupon 30,000 rupiah tapi Singapore Dollar!!! Terus auntie tempah beg Hermes Birkin~

- Perks includes training on social media and online engagement from Standard Chartered’s esteemed partners. Whoa! Celik IT lah auntie lepas nie kann?

Untuk maklumat yang lebih terperinci korang bolehlah click kat sini yerr...







  Sebenarnya PA auntie yang suggestkan auntie untuk submit entry nie. Manalah tahu kalau-kalau rezeki auntie boleh dapat jadik The Coolest Intern, terus auntie open table untuk semua peminat-peminat auntie. Korang cakap jerr nak makan apa semua auntie tunaikan. Dengan syarat kalau auntie menang grand prizelah. SGD 30,000 woo! Makan setahun pon tak habis! Tapi kalau setakat dapat consolation prize auntie akan pergi shopping & then update korang apa yang auntie beli dengan consolation prize tue. Eh RM200 pon lepaslah untuk auntie beli palette mekap Chanel atau foundation Bobbi Brown. Kalau nak lagi berbaloi-baloi beli terus kat Elianto. Harus satu kedai auntie borong. Paling tak pon auntie dermakan kat PA auntie suruh dia pergi slimming center. Mesti dia sayang auntie sampai mati. Hahaha!


  Untuk memastikan kemenangan berada di pihak auntie, auntie harus tunjukkan betapa cool nya auntie? * Secara tak langsung tue jugak menandakan yang auntie kenalah masuk bakul angkat sendiri yerr * Tapi macam mana auntie nak tunjuk yang auntie nie COOL? Oh... Tue tak susah yerr adik-adik... Langkah pertama adalah dengan menyediakan resume yang hebat dan tentunya cool. Disebabkan contest nie tak memerlukan resume ( auntie agak jerr sebab dorang tak tulis pon ) so kita kenalah sediakan gambar yang paling fotogedik... Eh... I mean fotogenik.


   Auntie bab foto-berfoto nie dah berada di ujung jari dah. Dari zaman tadika lagi auntie dah master dalam bab-bab cam-whoring. Apa class nak bagi gambar passport siap pakai blazer-tie segala ditambah rambut sikat belah tepi dan cermin mata. Sungguh nerd yerr... and so uncool! Gambar biar meletop glamour vavavoom barulah kehadiran kita disedari. Jangan gambar auntie nanti dibomohkan sudahlah. =P



Confirm dorang hire auntie bila tengok auntie secun nie. Hahaha!


   Korang mesti tertanya-tanya kann kenapa auntie nie confident jerr yang auntie boleh menang World's Coolest Intern kann? Of course auntie confident yerr adik-adik sebab confident tue sangat penting dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Bila kita confident, buat apa pon semua senang. Orang pon senang nak percaya dengan kita. So sebab pertama kenapa auntie yakin auntie adalah World's Coolest Intern adalah sebab auntie Confident



   Selain dari confident, auntie juga percaya yang auntie nie tersangatlah Open-minded. Gila cakap auntie tak open minded? Siapa yang cakap auntie tak open-minded meh sini auntie ketuk kepala dia dengan heels Manolo Blahnik auntie nie. Korang pernah kena pedajal dengan best friend korang waktu birthday korang? Lepas kena pedajal korang still maintain-maintain cantik tak melenting? Auntie pernah kena baling tepung waktu sambut bithday. * Mood sedih sekejap T_T *  Lepas kena baling tepung auntie siap pose-pose cantik depan kamera lagi. Tak cukup pose-pose cantik? Auntie siap menari okay! Korang pernah jumpa auntie-auntie lain yang se-open-minded macam auntie? Nan ado kann?



Jangan ingat auntie tak reti break dance yerr



  Auntie jugak percaya yang auntie boleh melakukan kerja dengan cemerlang. Auntie yakin bahawa auntie akan menjadi intern yang paling Outstanding dalam sejarah Standard Chartered Bank. Auntie tau auntie boleh outstanding sebab auntie nie jenis multi-tasking. Auntie boleh buat beberapa kerja dalam satu masa. Apatah lagi kalau setakat berfacebook dengan tweet? Alahai Senah oii~ Senang jerr tue... Lagi satu auntie faham sangat tugasan seorang intern adalah sangat mencabar for most of the companies sebab koranglah yang kena buat kopi, koranglah yang kena fotostat, koranglah yang kena bersihkan pantry... Pendek kata semua koranglah! Tapi tue takkan terjadi di Standard Chartered Bank coz they're like... the coolest bank ever! Tapi kalau terjadi jugak apa auntie kisah sebab auntie confirm tenaga auntie nie boleh kalahkan bateri Energizer. Shopping marathon 12 jam pon auntie boleh tahan inikan pulak jadik intern.




Haa! Terus auntie activatekan power terpendam auntie. Terkejut kann?



  Auntie juga sentiasa Looking forward for new oppurtunities. Yerr betul rezeki ada di mana-mana tapi rezeki takkan datang bergolek kalau kita tak mencari. Alang-alang dah ada rezeki terpijak nie takkan auntie nak biarkan pulak kann? Betul tak?  Jika digabungkan kesemuanya maka sahlah yang auntie nie COOL!



 Tengok handphone auntie pon dah cool... Belum lagi tengok auntie...



Tengok auntie yang sangat cool... Siap berjaket bulu segala. Ko ado?


  Selain dari 4 sebab kat atas, yang paling penting kenapa auntie layak jadi World's Coolest Intern adalah kerana auntie cukup fashionable. Tengoklah gaya harian auntie confirm terkeluar bijik mata kann? Tue paling penting yerr adik-adik. Tak kira kat mana pon pon kita berada / bekerja, kita kenalah berusaha untuk tampil menarik. Barulah bos suka kat kita. Biar tak cantik ataupon hensem asalkan presentable dah memadai. Tapi confirmlah auntie cantik kann haruslah match dengan fashionable tue. Hahaha!



First lesson is how to wear turban. LOL



  Auntie perasan bila mentaliti orang kita kalau sebut kerja bank jerr mesti orang terfikir gaji besar tapi pakai kemeja lengan panjang, tie, slack, suits, cermin mata, rambut sikat belah tepi... Ohh... Sungguh membosankan. Kalau auntie dapat jadi intern, auntie akan make sure semua orang dress up glamour vavavoom. Biar orang tahu kerja bank pon cool apa. Barulah auntie boleh jadik World's Coolest Intern. Kann? Kann? Lagipon dah nama pon gaji besar apalah salahnya invest kat beg Gucci kerr, kasut Prada kerr, suit Armani kerr? Bukan kerr tue sumber rezeki kita?


   Tak cukup sekadar tue, menjadi the World's Coolest Intern memerlukan kita untuk sentiasa bersedia tak kira waktu. Orang putih cakap always be alert. Tengok macam auntie nie sentiasa alert. Kat mana ada kamera kat situ jugak auntie sentiasa bersedia untuk dirakam. Kalau dah kerja dengan Nuffnang & Standard Chartered bank mesti auntie kena hadiri banyak parties & events kann? Nak kena promote pasal company & products. Dah tentu ramai nak amek gambar dengan auntie sebab nak upload kat facebook. Dah nama pon World's Coolest Intern mestilah auntie harus sentiasa tampil cool. Paparazzi? Bring it on dear~


 Paparazzi mesti suka bila tengok auntie pose camnie. Hahaha!



  Oh ya... I work as hard as I play. Barulah cool kann? Takdelah orang cakap nanti auntie makan gaji buta. Kerja-kerja jugak tapi hidup mesti happy. Kalau hidup tak happy mood nak buat kerja pon kurang. Kalau dah malas nak buat kerja siapa yang susah? Auntie jugak... Nie lah jugak antara rahsia awet muda auntie. Sentiasa happy bak Amy Mastura.


Paris who? Auntie in the house...oh auntie tak main pole yerr...


 
  Lagi satu benda yang auntie suka bila kerja kat bank adalah kerana kebajikan pekerjanya. Contohnya kawan auntie bank tempat dia bekerja buar team building kat Australia. Yang lagi sorang team building kat Bali. Harus sambil menyelam minum air kann? Sambil menjalankan tugas dapatlah merehatkan minda & melihat tempat orang sekali kann? Tue belom lagi bab bonus tahunan kann? Auntie suka! Auntie suka!



 Terus auntie melompat kegirangan bile dapat peluang ke oversea!



   Dan sebab terakhir kenapa auntie layak untuk dipilih sebagai World's Coolest Intern adalah kerana auntie pernah bekerja di Singapore. So kiranya auntie dah faham sangatlah cara kerja dan demand-demand orang Singapore nie. Lagipon Singapore dengan JB bukan kerr dekat? Bak kata orang tua-tua sekangkang kera jerr... Tapi peliknya auntie siap terkangkang terkiap tak sampai pon. Kenapalah dorang bahasakan as sekangkang kera ek? Bagilah sekangkang zirafah kerr... Logik sikit kann? Nak terkangkang terkiap kerr apa kerr yang penting JB dengan Singapore confirm dekat. Bila-bila dorang panggil dengan sepantas kilat auntie sampai. Apatah lagi kalau tengah sale kat Gucci. Ngee~


  Lagi satu sebab bonus kenapa auntie layak jadi World's Coolest Intern adalah sebab auntie berpengalaman bekerja di Citibank Singapore sebelum nie. Tapi tempat kerja auntie memang totally cool~ Pantang ada perayaan confirm macam-macam hadiah dorang bagi. Tak cukup dengan tue, OT melambak-lambak. Kalau setakat nak beli beg LV, kasut Gucci tue alahai apalah sangat. Kalau auntie boleh survive kerja kat Citibank Singapore, kenapa pulak auntie tak boleh kerja kat Standard Chartered pulak kann?


  So dengan segala hujah yang diberikan, maka tamatlah entry auntie untuk kali nie. Korang doakan auntie menang grand prize ek! Auntie dah siap packing nak ke Singapore nie. Passport dengan trunk LV pon auntie dah readykan. Sambil intern boleh shopping sekali kann? Wohoo!!! Barulah World's Coolest Intern Vavavoom!  So korang semua doakan kejayaan auntie ek? Auntie sayang korang semua~



Mana pulak butler auntie nie pergi?




No comments:

Post a Comment